Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
23. Kesan pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, dan habis tempoh
Feedback & supportJika—
Menteri membatalkan lesen orang berlesen di bawah seksyen 20;
Bank—
membatalkan kelulusan pejabat wakil yang diluluskan di bawah subseksyen 19(6) atau (7) atau orang yang diluluskan di bawah seksyen 20; atau
membatalkan pendaftaran orang berdaftar di bawah seksyen 21;
penyerahan balik lesen oleh orang berlesen atau pemberitahuan oleh orang yang diluluskan atau orang berdaftar mengenai pemberhentian perniagaannya atau pejabat wakil yang diluluskan mengenai pemberhentian
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
pengendaliannya telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 22(4); atau
kelulusan yang diberikan kepada orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 telah habis tempoh, orang atau pejabat wakil itu hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaannya atau pengendaliannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Walau apa pun pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1), orang atau pejabat wakil yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—
tertakluk pada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar atau pejabat wakil yang diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
menunaikan obligasinya, sehingga Bank berpuas hati bahawa orang atau pejabat wakil itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk—
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang atau wakil pejabat itu yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau
Perkhidmatan Kewangan 73
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau gagal untuk menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.