Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian 1 Jadual 1.

15. Orang yang diberi kuasa dan pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dibenarkan menjalankan perniagaan kewangan Islam tertentu

Feedback & support
(1)

Apabila suatu permohonan dibuat kepada Bank dan jika

Bank telah memberikan kelulusan bertulisnya—

(a)

bank berlesen atau bank pelaburan berlesen boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam;

(b)

broker insurans yang diluluskan boleh menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;

(c)

penasihat kewangan yang diluluskan boleh menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;

(d)

pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan boleh memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti; atau

(e)

pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan boleh mengeluarkan suatu instrumen pembayaran

Islam yang ditetapkan.

(2)

Orang yang diluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada—

(a)

peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, khususnya peruntukan Bahagian IV, VI, IX, X dan XIII Akta itu, setakat peruntukan itu berhubung dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen itu; dan

(b)

apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta itu yang berhubungan dengan perniagaan orang itu yang diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen itu.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(3)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2), bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang diluluskan di bawah subseksyen (1)

hendaklah, bagi maksud menjalankan perniagaan perbankan Islam—

(a)

menubuhkan dan menyenggara pada setiap masa suatu kumpulan wang perbankan Islam pada apa-apa amaun minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk membiayai pengendalian perniagaan perbankan Islamnya;

dan

(b)

menyimpan semua aset dan liabiliti perniagaan perbankan

Islamnya berasingan daripada aset dan liabilitinya yang lain dengan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(4)

Kumpulan wang perbankan Islam yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah—

(a)

dibiayai daripada dana modal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen dan dana daripada sumber lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan

(b)

diasingkan daripada dana modal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen bagi pengendalian perniagaan berlesennya di bawah Akta ini.

(5)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, aset bank berlesen atau bank pelaburan berlesen berhubung dengan perniagaan perbankan Islamnya tidak boleh—

(a)

digunakan untuk membiayai pengendalian perniagaan berlesennya di bawah Akta ini; dan

(b)

tertakluk pada hutang atau obligasi lain bank berlesen atau bank pelaburan berlesen itu berhubung dengan perniagaan berlesennya di bawah Akta ini.

(6)

Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan yang telah mendapat kelulusan

Bank di bawah subseksyen (1) hendaklah—

Perkhidmatan Kewangan 63

(a)

menyediakan perkiraan pengendalian sistem pembayaran, termasuk kemudahan likuiditi yang; atau

(b)

memastikan pelakuan perniagaannya, tidak bertentangan dengan Shariah setakat mana perkiraan pengendalian dan pelakuan perniagaan itu berhubung dengan perniagaan yang pengendali itu diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen (1).

(7)

Lembaga pengarah—

(a)

bank berlesen atau bank pelaburan berlesen; atau

(b)

orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang dikehendaki oleh Bank di bawah subseksyen 30(3) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

untuk menubuhkan suatu jawatankuasa Shariah, hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 56, mengambil kira nasihat jawatankuasa Shariahnya berkenaan dengan perniagaan kewangan

Islam yang dijalankan oleh orang itu.

(8)

Bagi maksud seksyen ini—

“instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan”, “perniagaan perbankan

Islam”,

“perniagaan nasihat kewangan

Islam”,

“jawatankuasa Shariah” dan “perniagaan pembrokeran takaful”

mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“perniagaan kewangan Islam” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank

Negara Malaysia 2009.

(9)

Mana-mana orang yang gagal mendapatkan kelulusan Bank untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang disebut di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IV

Sistem Pembayaran

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam perenggan 9 Bahagian 2 Jadual 1 atau instrumen pembayaran yang ditetapkan termasuk memudahkan salin

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 di bawah seksyen 264; atau

Bahagian V

Kehendak Berhemat

Bahagian VI

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VII

Kumpulan Kewangan

Bahagian VIII

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules