Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
14. Orang yang diberi kuasa menjalankan perniagaan yang dibenarkan sahaja
Feedback & supportMelainkan jika Bank menentukan selainnya, orang yang diberi kuasa tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau aktiviti di dalam atau di luar Malaysia kecuali berkaitan dengan atau bagi maksud perniagaan yang dibenarkannya atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 15.
Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk pada perenggan 15(1)(d) dan (e), pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang bukan orang berlesen boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau aktiviti yang tidak berhubungan dengan atau bagi maksud perniagaan yang diluluskannya.
Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank—
penanggung insurans berlesen tidak boleh menjalankan perniagaan anuiti pasti, perniagaan insurans jaminan kewangan atau perniagaan insurans jaminan kredit; dan
bank pelaburan berlesen tidak boleh menyetuju terima wang deposit yang boleh dibayar balik apabila dituntut melalui cek, draf, perintah atau mana-mana instrumen lain yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada bank pelaburan berlesen itu.
Mana-mana orang yang diberi kuasa yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kewangan 61