Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
19. Kehendak bagi pejabat wakil
Feedback & supportTiada suatu institusi asing pun boleh—
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
menubuhkan suatu pejabat wakil di Malaysia melainkan jika ia telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank; atau
melalui pejabat wakil yang diluluskan, menjalankan apa-apa perniagaan yang dibenarkan atau berdaftar di Malaysia.
Tertakluk pada larangan di bawah perenggan (1)(b), institusi asing boleh menjalankan, melalui pejabat wakil yang diluluskannya, aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sahaja.
Suatu permohonan untuk menubuhkan suatu pejabat wakil hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bank boleh atas suatu permohonan yang dibuat dengan sempurna mengikut subseksyen (3) meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
Bank boleh pada bila-bila masa secara bertulis meminda atau membatalkan mana-mana syarat sedia ada suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau mengenakan apa-apa syarat baharu atasnya.
Bank boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya—
pejabat wakil yang diluluskan telah—
mungkir atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau
gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan itu, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;
pejabat wakil yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia; atau
Perkhidmatan Kewangan 67
ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan di Malaysia untuk berbuat sedemikian.
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya ia demi kepentingan nasional untuk berbuat sedemikian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.