Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

176. Perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Bank, menamakan secara bertulis suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh

Bank di bawah perenggan 48(1)(da) Akta Bank Negara Malaysia 2009 sebagai institusi perantaraan bagi maksud meletakhakkan dalam pertubuhan perbadanan itu perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam subseksyen (2).

(2)

Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 165 wujud berkenaan dengan orang berlesen, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, meletakhakkan pada institusi perantaraan atau mana-mana orang lain, keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), Jadual Ketiga Akta Bank Negara

Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubung dengan suatu perintah oleh Bank di bawah Subpenggal ini dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang perintah itu dibuat kepada atau terjejas oleh perintah itu.

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules