Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
177. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pemindahan wajib
Feedback & supportJadual Ketiga Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubung dengan suatu perintah oleh Bank di bawah
Subpenggal ini, dengan ubah suaian, seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 13 dan Menteri boleh menetapkan apa-apa ubah suaian lain sebagaimana perlu bagi memberi kesan kepada perintah itu.
Perkhidmatan Kewangan 187
Jika Bank membuat suatu perintah di bawah Subpenggal ini atas orang berlesen, Bank hendaklah—
memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan
memberi notis tentang perintah itu seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
Notis di bawah perenggan (2)(b) hendaklah termasuklah harga urus niaga bagi pemindahan dan hak mana-mana orang yang terkilan untuk merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa
Pentaksir.
Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diputuskan oleh penilai bebas.
Tertakluk pada subseksyen (9), penerima pindahan dan pemindah hendaklah bersetuju secara bersama akan orang yang dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4).
Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (5) tidak dapat dipersetujui antara penerima pindahan dan pemindah itu dalam suatu tempoh yang Bank putuskan sebagai munasabah, Bank hendaklah merujuk perkara ini kepada Menteri dan pelantikan penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri.
Saraan bagi penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (5)
atau (6) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga melainkan jika diputuskan selainnya oleh Bank.
Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (4)
bagi perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu, penilai bebas hendaklah—
188 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
mengambil kira perkara yang penilai bebas itu berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset atau liabiliti serupa bagi pemindah itu; dan
tidak mengambil kira apa-apa manfaat yang diperoleh daripada bantuan kewangan khas yang diperuntukkan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu.
Jika peletakhakan di bawah Subpenggal ini bagi institusi perantaraan, penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4)
hendaklah dilantik oleh Menteri.
Jika mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir, seksyen 210 hendaklah terpakai.