Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
204. Penerusan perniagaan hayat
Feedback & supportWalau apa pun perenggan 236(1)(a) *Akta Syarikat 1965, pelikuidasi penanggung insurans hayat berlesen itu—
boleh menjalankan perniagaan hayatnya dengan tujuan untuk ia dipindahkan sebagai perniagaan yang sudah berjalan kepada penanggung insurans berlesen yang lain tetapi tidak boleh mengeluarkan polisi baharu; dan
tertakluk pada subseksyen (2), boleh memindahkan asetnya dan liabilitinya kepada penanggung insurans berlesen lain, termasuk liabiliti di bawah polisi hayat dan Penggal 4
Bahagian VI hendaklah terpakai bagi pemindahan itu.
Pelikuidasi boleh, bagi maksud suatu pemindahan di bawah perenggan (1)(b), memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk mengurangkan—
amaun liabiliti di bawah polisi hayat penanggung insurans berlesen itu; atau
amaun liabilitinya yang lain, dan Mahkamah Tinggi boleh mengurangkan liabiliti itu setakat perlu dengan mempertimbangkan nilai aset penanggung insurans sedia ada tertakluk pada apa-apa syarat yang pada pendapatnya patut.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
200 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Subpenggal 3- Keutamaan pembayaran dalam penggulungan