Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
71. Maklumat untuk diberikan kepada juruaudit
Feedback & supportInstitusi dan mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—
(a)
memberi kepada juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 67 atau 68 semua maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh juruaudit itu; dan
(b)
memastikan bahawa semua maklumat yang diberi di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau mengelirukan dalam mana-mana butir material, bagi membolehkan juruaudit itu menjalankan kewajipannya di bawah
Akta ini.
Perkhidmatan Kewangan 103