Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
186. Peruntukan berhubungan dengan pelantikan penerima dan pengurus
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seorang penerima dan pengurus telah dilantik oleh Bank untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi menurut seksyen 184, penerima dan pengurus itu hendaklah mempunyai kuasa—
untuk masuk ke dalam mana-mana premis institusi itu dan mengambil pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menghendaki mana-mana orang di dalam premis itu untuk mengambil kira dan menyerah hantar kepada Bank atau penerima dan pengurus, pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan atau harta itu;
tertakluk pada perenggan (c), untuk menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu menurut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;
untuk menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta institusi itu yang tertakluk pada perjanjian yang mewujudkan suatu kepentingan cagaran kepada mana-mana orang yang bersetuju untuk mengambil alih obligasi yang dijamin oleh kepentingan cagaran itu;
untuk mengatur bagi pengambilalihan semua atau mana-mana bahagian liabiliti institusi itu oleh mana-mana orang;
Perkhidmatan Kewangan Islam 191
untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan institusi itu setakat yang penerima dan pengurus menyifatkannya perlu atau benefisial;
untuk membawa guaman, membela, berkompromi dan menyelesaikan, atas nama institusi itu, apa-apa tuntutan yang dibuat olehnya atau terhadapnya;
atas nama institusi, melakukan semua tindakan dan melaksanakan semua penerimaan dan dokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu, menggunakan meterai rasminya; dan
melakukan semua apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan hak dan kuasa penerima dan pengurus itu.
Subpenggal 4 –Pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII