Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

188. Perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti

(1)

Menteri boleh, atas syor Bank, menamakan secara bertulis suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh

Bank di bawah perenggan 48(1)(da) Akta Bank Negara Malaysia 2009

sebagai institusi perantaraan bagi maksud meletakhakan dalam pertubuhan perbadanan itu perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam subseksyen (2).

(2)

Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan orang berlesen, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri melalui perintah secara bertulis meletakhakkan pada suatu institusi perantaraan atau mana-mana orang lain, keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), Jadual Ketiga Akta Bank Negara

Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah Subpenggal ini dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang perintah itu dibuat atau terjejas oleh perintah itu.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules