Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

187. Tafsiran

Bagi maksud Subpenggal ini—

“harga urus niaga” ertinya harga yang keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 188 telah diletak hak kepada penerima pindahan;

“institusi baki” ertinya orang berlesen yang perniagaan, aset atau liabilitinya telah terletak hak kepada penerima pindahan mengikut seksyen 188;

“pemindah” ertinya orang berlesen di bawah Subpenggal ini yang disebut dalam seksyen 188;

“penerima pindahan” ertinya institusi perantaraan atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diletak hak di bawah Subpenggal ini keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 188;

192 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

“perniagaan yang dipindahkan” ertinya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang telah diletak hak kepada penerima pindahan.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules