Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

189. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pemindahan wajib

(1)

Jadual Ketiga Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah

Subpenggal ini, dengan ubah suaian, seperti yang diperuntukkan dalam

Jadual 13 dan Menteri boleh menetapkan apa-apa ubah suaian lain sebagaimana perlu bagi memberi kesan kepada perintah itu.

(2)

Jika Bank membuat suatu perintah di bawah Subpenggal ini atas orang berlesen, Bank hendaklah—

(a)

memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan

Perkhidmatan Kewangan Islam 193

(b)

memberi notis tentang perintah itu seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(3)

Notis di bawah perenggan (2)(b) hendaklah termasuklah harga urus niaga bagi pemindahan dan hak mana-mana orang yang terkilan untuk merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir.

(4)

Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diputuskan oleh penilai bebas.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (9), penerima pindahan dan pemindah hendaklah bersetuju secara bersama akan orang yang dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4).

(6)

Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (5) tidak dapat dipersetujui antara penerima pindahan dan pemindah itu dalam suatu tempoh yang Bank putuskan sebagai munasabah, Bank hendaklah merujuk perkara ini kepada Menteri dan pelantikan penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri.

(7)

Saraan bagi penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (5)

atau (6) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga melainkan jika diputuskan selainnya oleh Bank.

(8)

Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (4)

bagi perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu, penilai bebas hendaklah—

(a)

mengambil kira perkara yang penilai bebas itu berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset atau liabiliti serupa bagi pemindah itu; dan

(b)

tidak mengambil kira apa-apa manfaat yang diperoleh daripada bantuan kewangan khas yang diperuntukkan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau

Kerajaan kepada pemindah itu.

194 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(9)

Jika peletakhakan di bawah Subpenggal ini bagi institusi perantaraan, penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4)

hendaklah dilantik oleh Menteri.

(10)

Jika mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir, seksyen 221 hendaklah terpakai.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules