Skip to content

Seksyen 31

Pendaftaran perubahan butir-butir

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 31 of 91
Seksyen 31
(1)

Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku dalam mana-mana butir yang didaftarkan berkenaan dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan yang didaftarkan di bawah seksyen 30, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas perubahan itu, atau apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Lembaga atas permohonan, memfailkan dengan Lembaga suatu notis yang ditandatangani oleh pekongsi ditetapkan, yang menyatakan jenis perubahan itu.

(2)

Lembaga hendaklah mendaftarkan notis yang disebut dalam subseksyen (1), dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang memperakui pendaftaran perubahan butir-butir itu.

(3)

Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2)

hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah tentang perubahan itu.

(4)

Seseorang yang terhenti menjadi pekongsi atau pekongsi ditetapkan bagi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh memfailkan dengan Lembaga notis yang disebut dalam subseksyen (1) jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak akan memfailkan notis itu dengan Lembaga.

(5)

Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki supaya suatu notis yang difailkan di bawah subseksyen (1)

dibetulkan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(6)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad Labuan itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh

Lembaga.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 39