Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian IV · Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan

32. Section 32

Feedback & support
(2)

Nama sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh dalam huruf, abjad atau bahasa asing dengan syarat bahawa suatu terjemahan yang tepat dan diperakui bagi nama itu dalam bahasa Inggeris digunakan dan dinyatakan dengan jelas dalam tiap-tiap komunikasi bertulis yang dihantar oleh, atau bagi pihak, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan tiap-tiap dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh, atau bagi pihak, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.

(3)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak boleh didaftarkan jika nama perkongsian liabiliti terhad Labuan yang hendak didaftarkan itu adalah pada pendapat Lembaga dalam apa-apa cara mengelirukan atau selainnya tidak wajar.

Report