Seksyen 37
Pendaftaran penukaran
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Apabila diterima penyata daripada perkongsian terhad
Labuan atau syarikat Labuan di bawah seksyen 36, Lembaga boleh, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mendaftarkan penyata itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga yang menyatakan bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu adalah, pada dan dari tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, didaftarkan di bawah Akta ini.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga untuk mendaftarkan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan jika Lembaga tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah peruntukan
Akta ini.