Seksyen 34
Penukaran daripada perkongsian terhad Labuan kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh bertukar kepada suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan jika dan hanya jika pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan yang kepadanya perkongsian terhad Labuan itu akan ditukarkan, terdiri daripada semua pekongsi perkongsian terhad Labuan itu dan tiada orang lain.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 41
(2)
Dalam bab ini, “bertukar”, berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan yang bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya suatu pemindahan hak milik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan perusahaan perkongsian terhad Labuan itu kepada perkongsian liabiliti terhad
Labuan.