Skip to content

Seksyen 51

Penyata hendaklah difailkan jika butir-butir, dsb., diubah

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 51 of 91
Seksyen 51
(1)

Jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku dalam apa-apa butir berkenaan dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf yang didaftarkan di bawah seksyen 48, perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas perubahan itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Lembaga atas permohonan, memfailkan dengan

Lembaga suatu notis yang menyatakan jenis perubahan itu.

(2)

Apabila diterima butir-butir perubahan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah, tertakluk pada Akta ini, mendaftarkan perubahan itu dan boleh, jika difikirkan patut oleh

Lembaga, mengeluarkan suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterainya, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua Mahkamah tentang perubahan butir-butir perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 707

(3)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf tidak mematuhi subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.