Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan
49. Nama perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf
Feedback & supportSesuatu perkongsian liabiliti terhad asing tidak boleh didaftarkan di bawah Bahagian ini jika nama perkongsian liabiliti terhad asing itu adalah pada pendapat Lembaga dalam apa-apa jua cara mengelirukan atau selainnya tidak wajar.
Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf telah didaftarkan, sama ada kerana kesilapan atau selainnya, dengan nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu tidak sepatutnya didaftarkan, Lembaga boleh, selepas memberikan notis tiga puluh hari kepada perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang menghendakinya menukarkan namanya, memotong nama itu daripada daftar apabila ia ingkar mematuhi kehendak itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 49
Tiada perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf boleh menggunakan, di Labuan atau tempat-tempat lain, berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan atau hendak dilakukan di Labuan, apa-apa nama selain yang di bawahnya ia didaftarkan di bawah
Bahagian ini.