Seksyen 44
Pelantikan, autoriti atau kuasa sedia ada
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Tiap-tiap pelantikan perkongsian terhad Labuan atau syarikat
Labuan itu dalam apa-apa peranan atau sifat yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh pendaftaran hendaklah berkuat kuasa dan beroperasi dari tarikh itu seolah-olah perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu yang telah dilantik.
(2)
Apa-apa autoriti atau kuasa yang diberikan kepada perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh pendaftaran hendaklah berkuat kuasa dan beroperasi dari tarikh itu seolah-olah autoriti atau kuasa itu diberikan kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan.