Seksyen 47
Notis penukaran dalam invois dan surat-menyurat
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah memastikan bahawa bagi tempoh dua belas bulan yang bermula empat belas hari selepas tarikh pendaftaran, tiap-tiap invois atau surat-menyurat rasmi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu terdapat padanya yang berikut:
(a)
suatu pernyataan bahawa perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu, dari tarikh pendaftaran, ditukarkan daripada perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan; dan
(b)
nama dan nombor pendaftaran, jika terpakai, bagi perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan yang daripadanya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu ditukarkan.
(2)
Mana-mana perkongsian liabiliti terhad Labuan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya kesalahan itu berterusan selepas sabitan.