Skip to content

Seksyen 35

Penukaran daripada syarikat Labuan kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 35 of 91
Seksyen 35
(1)

Sesuatu syarikat Labuan boleh bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan jika dan hanya jika—

(a)

tiada kepentingan sekuriti dalam asetnya yang wujud atau berkuat kuasa pada masa permohonan itu; dan

(b)

pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang kepadanya syarikat Labuan itu akan ditukarkan terdiri daripada semua pemegang syer syarikat Labuan itu dan tiada orang lain.

(2)

Dalam bab ini, “bertukar”, berhubung dengan syarikat

Labuan yang bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya suatu pemindahan hak milik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan perusahaan syarikat Labuan itu kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan.