Seksyen 52
Penyampaian ke atas perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Apa-apa proses atau notis yang dikehendaki supaya disampaikan ke atas perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah disampaikan dengan secukupnya jika dialamatkan kepada perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan ditinggalkan pada atau dihantar melalui pos kepada pejabat berdaftarnya di
Labuan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf ingkar memfailkan dengan Lembaga nama dan alamat pejabat berdaftarnya yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses atau notis itu;
(b)
jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang telah diberitahu sedemikian tidak lagi wujud; atau
(c)
jika atas apa-apa sebab lain penyampaian proses atau notis itu tidak boleh dilaksanakan, proses atau notis itu boleh disampaikan ke atas perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dengan meninggalkannya pada, atau menghantarkannya melalui pos kepada, suatu tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu di Labuan, atau, jika tiada tempat perniagaan sedemikian ditubuhkan, proses atau notis itu boleh disampaikan ke atas perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu melalui pos berdaftar kepada suatu tempat perniagaan perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu di negara pemerbadanannya atau pendaftarannya.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 51