Seksyen 50
Pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf hendaklah pada bila-bila masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Labuan, yang hendaklah merupakan pejabat utama bagi suatu syarikat amanah Labuan.
(2)
Notis mengenai lokasi pejabat berdaftar dan apa-apa perubahan mengenainya hendaklah difailkan dengan Lembaga dalam masa sebulan selepas tarikh pendaftaran perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu atau tarikh perubahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika terdapat keingkaran dalam mematuhi seksyen ini perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu dan tiap-tiap pekongsi ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.