Seksyen 46
Liabiliti dan obligasi pekongsi sebelum penukaran
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Walau apa pun seksyen 38 hingga 44, tiap-tiap pekongsi perkongsian terhad Labuan yang telah bertukar kepada suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah terus menerus bertanggungan sendiri (bersesama dan berasingan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan) bagi liabiliti dan obligasi perkongsian terhad Labuan yang dilakukan sebelum penukaran itu atau yang berbangkit daripada mana-mana kontrak yang dibuat sebelum penukaran itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 707
(2)
Jika mana-mana pekongsi menunaikan apa-apa liabiliti atau obligasi yang disebut dalam subseksyen (1), pekongsi itu adalah berhak, tertakluk pada apa-apa perjanjian dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan yang berlawanan, untuk ditanggung rugi sepenuhnya oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu berkenaan dengan liabiliti atau obligasi itu.