Skip to content

Seksyen 36

Penyata hendaklah difailkan

of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

ActIn forceProvision 36 of 91
Seksyen 36
(1)

Sesuatu perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan boleh memohon untuk bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad

Labuan dengan memfailkan dengan Lembaga—

(a)

suatu penyata oleh kesemua pekongsi perkongsian terhad

Labuan atau pemegang syer syarikat Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Lembaga yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(i)

nama dan nombor pendaftaran perkongsian terhad

Labuan atau syarikat Labuan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 707

(ii)

tarikh bila mana perkongsian terhad Labuan itu didaftarkan di bawah Bahagian III Akta ini atau

*Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 [Akta 565], atau tarikh bila mana syarikat

Labuan itu diperbadankan di bawah Akta Syarikat

Labuan 1990; dan

(b)

semua maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen 30(2).

(2)

Lembaga boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki penyata yang disebut dalam perenggan (1)(a) ditentusahkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.