Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
12. Prinsip Akses
Feedback & supportIn plain English
A data subject must be given access to their personal data held by a data user. They must be able to correct it if it is inaccurate, incomplete, misleading or out of date. The exception is where a request for access or correction is refused under the Act.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Seseorang subjek data hendaklah diberi akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seorang pengawal data dan boleh membetulkan data peribadi itu jika data peribadi itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, kecuali jika pematuhan dengan permintaan untuk akses atau pembetulan itu enggan diberikan di bawah Akta ini.
Penggal 1a
Akauntabiliti data peribadi
Pelantikan pegawai perlindungan data 12a. (1) Seseorang pengawal data hendaklah melantik seorang atau lebih pegawai perlindungan data yang hendaklah bertanggungan kepada pengawal data bagi pematuhan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 24
Jika pemprosesan data peribadi dijalankan oleh seorang pemproses data bagi pihak pengawal data, pemproses data hendaklah melantik seorang atau lebih pegawai perlindungan data yang hendaklah bertanggungan kepada pemproses data bagi pematuhan Akta ini.
Pengawal data itu hendaklah memberitahu Pesuruhjaya tentang pelantikan pegawai perlindungan data mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
Pelantikan pegawai perlindungan data di bawah subseksyen (1)
dan (2) tidak melepaskan pengawal data atau pemproses data daripada semua kewajipan dan fungsi di bawah Akta ini.
Pemberitahuan pelanggaran data 12b. (1) Jika seseorang pengawal data mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pelanggaran data peribadi telah berlaku, pengawal data itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu Pesuruhjaya mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
Jika pelanggaran data peribadi di bawah subseksyen (1)
mengakibatkan atau berkemungkinan mengakibatkan apa-apa kemudaratan yang ketara kepada subjek data, pengawal data hendaklah memberitahu pelanggaran data peribadi itu kepada subjek data mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya tanpa kelengahan yang tidak perlu.
Seseorang pengawal data yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.