Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
19. Penyerahan perakuan pendaftaran
Feedback & support(1)
Jika perakuan pendaftaran dibatalkan menurut seksyen 18, pemegang perakuan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis pembatalan pendaftaran itu, menyerahkan perakuan itu kepada Pesuruhjaya.
(2)
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.