Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

26. Pembatalan, dsb., tataamalan

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya boleh membatalkan, meminda atau menyemak, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, mana-mana tataamalan yang didaftarkan di bawah Akta ini—

(a)

atas kehendaknya sendiri; atau

(b)

atas suatu permohonan oleh forum pengawal data atau mana-mana badan yang mewakili pengawal data.

(2)

Pesuruhjaya hendaklah, sebelum membatalkan, meminda atau menyemak suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), berunding dengan—

(a)

mana-mana pengawal data atau badan yang mewakili pengawal data yang baginya tataamalan itu hendaklah terpakai, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya;

dan

(b)

mana-mana orang berkepentingan yang lain, yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.

Undang-Undang Malaysia 34

(3)

Jika mana-mana tataamalan telah dibatalkan, dipinda atau disemak di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya—

(a)

hendaklah memasukkan butir-butir mengenai pembatalan, pindaan atau penyemakan itu dalam Daftar Tataamalan;

dan

(b)

hendaklah memberitahu forum pengawal data yang berkaitan, golongan pengawal data, pengawal data dan orang awam mengenai pembatalan, pindaan atau penyemakan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(4)

Pesuruhjaya hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang dipinda atau disemak olehnya di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan