Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
16. Perakuan pendaftaran
Feedback & supportSelepas pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada suatu permohonan di bawah subseksyen 15(1), Pesuruhjaya boleh—
mendaftarkan pemohon dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon itu dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; atau
menolak permohonan itu.
Perakuan pendaftaran boleh dikeluarkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan wajar untuk dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Jika Pesuruhjaya menolak permohonan untuk pendaftaran menurut subseksyen (1), dia hendaklah memaklumkan pemohon melalui suatu notis bertulis bahawa permohonan itu ditolak dan sebab-sebab baginya.
Seseorang yang berada dalam golongan pengawal data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1)
dan yang memproses data peribadi tanpa suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan menurut perenggan 16(1)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.