Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
18. Pembatalan pendaftaran
Feedback & supportPesuruhjaya boleh membatalkan pendaftaran seseorang pengawal data jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa—
pengawal data itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini;
pengawal data itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan;
pengeluaran perakuan pendaftaran itu didorong oleh representasi fakta yang palsu oleh pengawal data itu;
atau
pengawal data itu telah berhenti menjalankan pemprosesan data peribadi.
Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya tidak boleh membatalkan pendaftaran seorang pengawal data melainkan jika
Pesuruhjaya berpuas hati bahawa, selepas memberi pengawal data itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, pendaftaran itu patut dibatalkan.
Jika pendaftaran pengawal data itu dibatalkan, Pesuruhjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis pembatalan pendaftaran kepada pengawal data itu, dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengan pendaftaran itu tidaklah mempunyai kuat kuasa apabila disampaikan notis pembatalan pendaftaran itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Seseorang pengawal data yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen ini dan yang terus memproseskan data peribadi selepas itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.