Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

9. Prinsip Keselamatan

Feedback & support
(1)

Seseorang pengawal data dan seseorang pemproses data hendaklah, apabila memproses data peribadi, mengambil langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dengan mengambil kira—

(a)

sifat data peribadi itu dan kemudaratan akibat daripada kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan itu;

(b)

tempat atau lokasi di mana data peribadi itu disimpan;

(c)

apa-apa langkah keselamatan yang digabungkan ke dalam apa-apa kelengkapan yang dalamnya data peribadi itu disimpan;

(d)

langkah yang diambil untuk memastikan kebolehpercayaan, integriti dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada data peribadi itu; dan

(e)

langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan selamat data peribadi itu.

(2)

Jika pemprosesan data peribadi dijalankan oleh seorang pemproses data bagi pihak seorang pengawal data, pemproses data itu hendaklah, bagi maksud melindungi data peribadi itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan—

(a)

memberikan jaminan yang mencukupi berkenaan dengan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang mengawal pemprosesan yang akan dijalankan; dan

(b)

mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan pematuhan langkah itu.

Perlindungan Data Peribadi 23

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan