Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

24. Pesuruhjaya boleh mengeluarkan tataamalan

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu tataamalan, jika—

(a)

suatu tataamalan tidak disediakan di bawah perenggan 23(1)(a);

(b)

Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu tataamalan bagi suatu golongan pengawal data yang khusus tidak mungkin akan disediakan oleh forum pengawal data yang berkaitan dalam tempoh yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; atau

(c)

tidak ada forum pengawal data untuk membangunkan tataamalan yang berkaitan bagi golongan pengawal data itu.

(2)

Pesuruhjaya hendaklah, sebelum mengeluarkan suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara termasuk—

(a)

maksud bagi pemprosesan data peribadi oleh pengawal data atau golongan pengawal data;

(b)

pandangan pengawal data atau kumpulan yang mewakili pengawal data, yang baginya tataamalan itu terpakai;

(c)

pandangan subjek data atau kumpulan yang mewakili subjek data;

Undang-Undang Malaysia 32

(d)

pandangan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan, jika ada, yang kepadanya pengawal data itu tertakluk;

dan

(e)

bahawa tataamalan itu, apabila mengambil kira semua perkara dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan apa-apa perkara lain, memberikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi bagi data peribadi mengenai subjek data yang berkenaan.

(3)

Pesuruhjaya boleh mengeluarkan tataamalan yang berlainan bagi golongan pengawal data yang berlainan.

(4)

Tataamalan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan dalam Daftar Tataamalan.

(5)

Tataamalan di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran tataamalan itu oleh Pesuruhjaya.

(6)

Pesuruhjaya hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang dikeluarkan olehnya di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan