Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

21. Forum pengawal data

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya boleh menamakan sesuatu badan atau seseorang pengawal data sebagai suatu forum pengawal data berkenaan dengan sesuatu golongan pengawal data yang khusus bagi maksud Akta ini dengan memberitahu badan atau pengawal data itu secara bertulis, jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa—

(a)

keanggotaan badan atau pengawal data itu terbuka kepada semua pengawal data dalam golongan itu;

Perlindungan Data Peribadi 29

(b)

badan atau pengawal data itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan yang berkaitan Akta ini; dan

(c)

badan atau pengawal data itu mempunyai perlembagaan bertulis.

(2)

Badan atau pengawal data itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi suatu forum pengawal data sebelum penamaan itu didaftarkan oleh Pesuruhjaya dalam Daftar Forum

Pengawal Data.

(3)

Pesuruhjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan atau seorang pengawal data yang sedia ada yang sebelum ini dinamakan sebagai suatu forum pengawal data di bawah subseksyen (1) tidak lagi menjadi forum pengawal data bagi maksud Akta ini, jika dia berpuas hati bahawa badan atau pengawal data itu tidak lagi memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen itu.

(4)

Jika Pesuruhjaya memutuskan bahawa suatu badan atau seorang pengawal data yang sedia ada yang telah dinamakan sebagai suatu forum pengawal data tidak lagi menjadi forum pengawal data bagi maksud Akta ini, dia hendaklah menarik balik penamaan itu dan kemudiannya membatalkan pendaftaran penamaan itu dalam Daftar Forum Pengawal Data.

(5)

Suatu penamaan atau penarikan balik penamaan di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran penamaan itu atau tarikh pembatalan pendaftaran penamaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan