Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

23. Tataamalan

Feedback & support
(1)

Sesuatu forum pengawal data boleh menyediakan suatu tataamalan—

(a)

atas inisiatifnya sendiri; atau

(b)

atas permintaan Pesuruhjaya.

(2)

Forum pengawal data hendaklah, dalam menyediakan suatu tataamalan di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara termasuk—

(a)

maksud bagi pemprosesan data peribadi oleh pengawal data atau golongan pengawal data;

(b)

pandangan subjek data atau kumpulan yang mewakili subjek data;

(c)

pandangan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan, jika ada, yang kepadanya pengawal data itu tertakluk;

dan

(d)

bahawa tataamalan itu, apabila mengambil kira semua perkara dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan apa-apa perkara lain, memberikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi bagi data peribadi subjek data yang berkenaan.

(3)

Pesuruhjaya boleh mendaftarkan tataamalan yang disediakan menurut subseksyen (1), jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa—

(a)

tataamalan itu adalah selaras dengan peruntukan Akta ini;

dan

(b)

perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) telah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

(4)

Tataamalan di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran tataamalan itu oleh Pesuruhjaya dalam Daftar Tataamalan.

Perlindungan Data Peribadi 31

(5)

Jika Pesuruhjaya enggan mendaftarkan tataamalan itu,

Pesuruhjaya hendaklah memberitahu forum pengawal data yang berkaitan mengenai keputusannya secara bertulis dan memberikan sebab-sebab bagi keputusannya.

(6)

Jika Pesuruhjaya tidak mendaftarkan dan tidak juga enggan mendaftarkan suatu tataamalan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan tataamalan itu olehnya untuk pendaftaran,

Pesuruhjaya hendaklah disifatkan telah enggan mendaftarkan tataamalan itu.

(7)

Pesuruhjaya boleh mendaftarkan tataamalan yang berlainan bagi golongan pengawal data yang berlainan.

(8)

Pesuruhjaya dan pengawal data hendaklah menjadikan tersedia bagi orang awam mana-mana tataamalan yang didaftarkan di bawah subseksyen (3).

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan