Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
17. Pembaharuan perakuan pendaftaran
Feedback & supportSeseorang pengawal data boleh membuat suatu permohonan bagi pembaharuan perakuan pendaftaran tidak lewat daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya dan permohonan itu hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, tetapi tiada permohonan bagi pembaharuan boleh dibenarkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu.
Apabila membaharui suatu perakuan pendaftaran, Pesuruhjaya boleh mengubah syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan.
Perlindungan Data Peribadi 27
Pesuruhjaya boleh enggan untuk membaharui suatu perakuan pendaftaran—
jika pengawal data itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
jika pengawal data itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan; atau
jika dia berpuas hati bahawa pengawal data itu tidak boleh meneruskan pemprosesan data peribadi mengikut
Akta ini.