Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

6. Prinsip Am

Feedback & support

In plain English

A data user needs a data subject's consent to process their personal data. Sensitive personal data has separate rules. Consent is not needed if processing is necessary for things like a contract with the data subject, a legal duty or their vital interests. Data must serve a lawful purpose linked to the user's activity and be adequate but not excessive.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Seseorang pengawal data tidak boleh—

(a)

dalam hal data peribadi selain data peribadi sensitif, memproses data peribadi mengenai seorang subjek data melainkan jika subjek data itu telah memberikan persetujuannya bagi pemprosesan data peribadi itu; atau

(b)

dalam hal data peribadi sensitif, memproses data peribadi sensitif mengenai seorang subjek data kecuali mengikut peruntukan seksyen 40.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(a), seseorang pengawal data boleh memproses data peribadi mengenai seorang subjek data jika pemprosesan itu perlu—

(a)

bagi melaksanakan sesuatu kontrak yang subjek data itu ialah suatu pihak kepadanya;

(b)

bagi mengambil langkah atas permintaan subjek data itu dengan tujuan untuk membuat sesuatu kontrak;

(c)

bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang pengawal data itu merupakan subjek baginya, selain suatu obligasi yang dikenakan oleh sesuatu kontrak;

(d)

bagi melindungi kepentingan vital subjek data itu;

(e)

bagi mentadbirkan keadilan; atau

(f)

bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.

Undang-Undang Malaysia 20

(3)

Data peribadi tidak boleh diproses melainkan jika—

(a)

data peribadi itu diproses bagi maksud yang sah yang berhubungan secara langsung dengan aktiviti pengawal data itu;

(b)

pemprosesan data peribadi itu perlu bagi atau berhubungan secara langsung dengan maksud itu; dan

(c)

data peribadi itu adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berhubung dengan maksud itu.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan