Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
25. Tataamalan yang terpakai
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah memastikan bahawa ada hanya satu tataamalan yang didaftarkan bagi suatu golongan pengawal data pada sesuatu masa tertentu.
Semua pengawal data yang tergolong dalam suatu golongan pengawal data hendaklah mematuhi tataamalan berdaftar yang berkaitan yang terpakai bagi golongan pengawal data itu pada sesuatu masa tertentu.
Jika suatu tataamalan didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 23 atau 24, Pesuruhjaya hendaklah memberitahu, mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya, golongan pengawal data yang berkaitan yang baginya tataamalan itu terpakai—
mengenai identiti tataamalan yang berkenaan dan tarikh yang tataamalan itu akan mula berkuat kuasa; dan
mengenai kehendak khusus di bawah Akta ini yang baginya tataamalan itu dikeluarkan dan didaftarkan.
Perlindungan Data Peribadi 33
Jika terdapat apa-apa ketidakpastian atau ketaksaan tentang yang mana satu tataamalan yang terpakai bagi pengawal data atau golongan pengawal data tertentu, pengawal data itu atau orang yang berkenaan itu boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk mendapatkan pandangannya tentang tataamalan yang mana satu yang merupakan tataamalan yang terpakai berhubung dengan hal keadaan pengawal data atau orang itu.
Pesuruhjaya hendaklah memberikan pandangannya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (4).
Pesuruhjaya hendaklah, apabila memberikan pandangannya di bawah subseksyen (5), mengambil kira mana-mana pandangan terdahulu yang berkaitan, jika ada.
Pesuruhjaya boleh menarik balik suatu pandangan yang dibuat di bawah seksyen ini jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa sifat aktiviti yang dalamnya pengawal data itu terlibat telah berubah secara material.