Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
7. Prinsip Notis dan Pilihan
Feedback & supportSeseorang pengawal data hendaklah melalui notis bertulis memaklumkan seorang subjek data—
bahawa data peribadi subjek data itu sedang diproses oleh atau bagi pihak pengawal data itu, dan hendaklah memberikan perihalan data peribadi itu kepada subjek data itu;
maksud yang baginya data peribadi itu sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya;
apa-apa maklumat yang ada pada pengawal data itu tentang sumber data peribadi itu;
hak subjek data itu untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap data peribadi itu dan bagaimana untuk menghubungi pengawal data itu tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi itu;
golongan pihak ketiga yang kepadanya pengawal data menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi itu;
pilihan dan cara yang ditawarkan oleh pengawal data itu kepada subjek data bagi mengehadkan pemprosesan data peribadi, termasuk data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu;
Perlindungan Data Peribadi 21
sama ada wajib atau sukarela bagi subjek data untuk memberikan data peribadi itu; dan
jika wajib bagi subjek data itu untuk memberikan data peribadi itu, akibat kepada subjek data jika dia tidak memberikan data peribadi itu.
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan dengan secepat yang dapat dilaksanakan oleh pengawal data itu—
apabila subjek data itu pertama kalinya diminta oleh pengawal data itu untuk memberikan data peribadinya;
apabila pengawal data itu pertama kalinya mengumpul data peribadi subjek data itu; atau
dalam mana-mana hal lain, sebelum pengawal data itu–
menggunakan data peribadi subjek data itu bagi maksud selain maksud yang baginya data peribadi itu dikumpulkan; atau
menzahirkan data peribadi itu kepada pihak ketiga.
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, dan individu itu hendaklah diberi cara yang jelas dan mudah diakses untuk membuat pilihannya, jika perlu, dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.