Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
15. Permohonan untuk pendaftaran
Feedback & supportSeseorang yang berada dalam golongan pengawal data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1)
hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk pendaftaran kepada Pesuruhjaya mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertai dengan fi pendaftaran yang ditetapkan dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh
Pesuruhjaya.
Jika kehendak di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, permohonan untuk pendaftaran hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan oleh Pesuruhjaya, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu dibuat oleh pemohon.
Undang-Undang Malaysia 26