Skip to content
Contents

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

66E. Section 66E

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini, pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi di bawah kawal selia atau pengawasan mereka sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu untuk menunaikan atau memudahkan penunaian apa-apa obligasi yang mengikat Malaysia menurut kuasa sesuatu keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(2)

Sesuatu institusi yang kepadanya suatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak dikeluarkan, atau suatu syarat dikenakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi itu oleh mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(3)

Sesuatu institusi tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa perbuatan dengan mematuhi mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai melanggar mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.

(4)

Sesuatu institusi tidak boleh menzahirkan mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang

130 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

dikenakan di bawah subseksyen (1) jika pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu institusi itu bahawa pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu berpendapat bahawa penzahiran itu bertentangan dengan kepentingan awam.

(5)

Mana-mana institusi yang—

(a)

tidak atau enggan mematuhi sesuatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan kepada, atau syarat yang dikenakan ke atas, institusi itu;

(b)

melanggar mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan kepada, atau syarat yang dikenakan ke atas, institusi itu; atau

(c)

menzahirkan sesuatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan kepada, atau syarat yang dikenakan ke atas, institusi itu dengan melanggar subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(6)

Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan tindakan yang telah diambil di bawah seksyen ini tiap-tiap enam bulan atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri masing-masing itu.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

131

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules