Skip to content

Seksyen 74

Kebolehterimaan terjemahan dokumen

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001

ActIn forceProvision 95 of 117
Seksyen 74
(1)

Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam sesuatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah boleh diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa di dalam atau di luar Malaysia.

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 613