Seksyen 103
Pembetulan
Jika nama seseorang dicatatkan secara salah dalam, atau ditinggalkan daripada, daftar anggota, orang yang terkilan itu boleh memohon kepada Mahkamah bagi—
(a)
membuat pembetulan kepada daftar anggota itu;
(b)
mendapatkan pampasan bagi kerugian yang ditanggung; atau
(c)
kedua-duanya, membuat pembetulan dan mendapatkan pampasan.
(2)
Atas permohonan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memerintahkan supaya—
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(a)
pembetulan kepada daftar anggota itu dibuat oleh syarikat;
(b)
pembayaran pampasan oleh syarikat atau pegawai yang telah menyebabkan kesilapan atau peninggalan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung; atau
(c)
pembetulan dibuat dan pampasan dibayar.