Skip to content

Seksyen 148

Pemindahmilikan sekuriti melalui catatan buku

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 148 of 159
Seksyen 148
(1)

Pemindahmilikan apa-apa sekuriti atau kelas sekuriti syarikat yang sekuritinya atau apa-apa kelas yang sekuritinya telah didepositkan dengan depositori pusat hendaklah melalui catatan buku oleh depositori pusat itu mengikut kaedah-kaedah depositori pusat dan walau apa pun seksyen 105, 106 atau 110, syarikat itu hendaklah dilarang daripada mendaftarkan dan melaksanakan apa-apa pemindahmilikan sekuriti atau kelas sekuriti yang telah didepositkan bagi syarikat itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pemindahmilikan sekuriti bagi suatu depositori pusat atau syarikat penamanya atau daripada depositori pusat atau syarikat penamanya kepada pendeposit.

186 Undang-Undang Malaysia AKTA 777