Seksyen 149
Pembetulan rekod pendeposit
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis, tiada suatu perintah boleh dibuat oleh
Mahkamah bagi membetulkan rekod pendeposit kecuali dalam hal keadaan dan tertakluk pada syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(2)
Mahkamah boleh mengawardkan kepada pendeposit yang disebut dalam perenggan (a) atau mana-mana orang yang sepatutnya berhak untuk didaftarkan sebagai mempunyai hakmilik ke atas sekuriti itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma yang disifatkan saksama oleh Mahkamah atau membuat apa-apa perintah lain yang disifatkan patut oleh Mahkamah, termasuklah suatu perintah bagi pemindahmilikan sekuriti itu kepada pendeposit atau orang itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa—
(a)
pendeposit itu tidak bersetuju dengan pemindahmilikan mana-mana sekuriti itu; atau
(b)
pendeposit itu telah tidak sepatutnya didaftarkan sebagai mempunyai hakmilik ke atas mana-mana sekuriti.