Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
60C. Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisial syarikat
Feedback & supportSuatu syarikat hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk memaklumkan syarikat sama ada anggota itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika anggota itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial syarikat itu; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60B(1).
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada orang itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika orang itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, untuk menyatakan sama ada orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60B(1).
Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana anggota atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki anggota atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan bahawa sama ada orang itu mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan memberikan apa-apa butir-butir orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60B(1).
Apabila suatu syarikat menerima maklumat daripada seseorang yang kepadanya notis diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), syarikat itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh
Syarikat 109
maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu—
tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan
butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.
Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu, syarikat hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu—
untuk mengesahkan sama ada perubahan itu telah berlaku atau tidak; dan
jika perubahan itu telah berlaku—
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.
Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat mungkin tidak betul, syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak betul, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1),
, (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telah berada dalam milikan syarikat itu atau bahawa kehendak untuk memberikan maklumat itu adalah atas apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Mana-mana orang yang berupa mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen ini membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan.