Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
60D. Kewajipan pemunya benefisial syarikat untuk memberikan maklumat
Feedback & supportSeseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan—
memberitahu syarikat itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial syarikat itu; dan
memberikan maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
Seseorang yang merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.
Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—
tarikh pemberhentian itu berlaku; dan
butir-butir pemberhentian itu.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.