Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
66. Penyempurnaan dokumen
Feedback & supportSesuatu dokumen disempurnakan oleh suatu syarikat—
dengan mengecapkan meterai perbadanannya, tertakluk pada syarat atau batasan dalam perlembagaan; atau 114 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
apabila ditandatangani mengikut seksyen ini.
Suatu dokumen disempurnakan dengan sah oleh sesuatu syarikat jika dokumen itu ditandatangani bagi pihak syarikat itu—
oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai diberi kuasa, salah seorang daripadanya hendaklah seorang pengarah; atau
dalam hal seorang pengarah tunggal, oleh pengarah itu dengan kehadiran seorang saksi yang mengaku saksi tandatangan itu.
Suatu dokumen yang ditandatangani mengikut subseksyen (2)
hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah-olah dokumen itu disempurnakan di bawah meterai perbadanan syarikat.
Suatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh suatu syarikat boleh ditandatangani oleh seorang pegawai diberi kuasa dan tidak perlu dibuat di bawah meterai perbadanan.
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai diberi kuasa” ertinya—
pengarah syarikat;
setiausaha syarikat; atau
mana-mana orang lain, yang diluluskan oleh Lembaga.
Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya suatu dokumen yang dikehendaki untuk disempurnakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, ketetapan, perjanjian atau perlembagaan mengikut subseksyen (1).