Seksyen 63
ActIn forceProvision 63 of 159
Seksyen 63
(1)
Tertakluk pada syarat atau batasan dalam perlembagaan, sesuatu syarikat yang mempunyai meterai perbadanan boleh mempunyai suatu meterai rasmi untuk memeterai—
(a)
sekuriti yang dikeluarkan oleh syarikat itu; atau
(b)
dokumen yang mewujudkan atau menyaksikan sekuriti yang dikeluarkan sedemikian.
(2)
Meterai rasmi—
(a)
hendaklah menjadi suatu salinan tepat meterai perbadanan syarikat, dengan tambahan pada permukaannya perkataan
“Sekuriti”; dan
(b)
apabila dicapkan sewajarnya pada dokumen mempunyai kesan yang sama sebagaimana meterai perbadanan syarikat.