Skip to content

Seksyen 65

Kontrak sebelum pemerbadanan

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 65 of 159
Seksyen 65
(1)

Sesuatu kontrak atau transaksi yang berupa sebagai dibuat oleh atau bagi pihak syarikat pada masa syarikat itu belum dibentuk mempunyai kesan sebagaimana suatu kontrak atau transaksi yang dibuat dengan orang yang berupa sebagai bertindak bagi syarikat itu atau sebagai ejennya, dan dia adalah bertanggungan sendiri dengan sewajarnya ke atas kontrak atau transaksi itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu kontrak atau transaksi yang disebut dalam subseksyen itu boleh disahkan oleh syarikat selepas pemerbadanannya dan syarikat itu adalah terikat dengan kontrak atau transaksi itu seolah-olah syarikat itu telah wujud pada tarikh kontrak atau transaksi itu dan telah menjadi suatu pihak kepada kontrak atau transaksi itu.