Skip to content

Seksyen 64

Kontrak syarikat

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 64 of 159
Seksyen 64
(1)

Sesuatu kontrak boleh dibuat—

(a)

oleh suatu syarikat, secara bertulis di bawah meterai perbadanannya;

(b)

bagi pihak suatu syarikat, oleh seorang yang bertindak di bawah kuasanya, secara nyata atau tersirat; atau

Syarikat 107

(c)

bagi pihak suatu syarikat, secara lisan, oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, secara nyata atau tersirat.

(2)

Apa-apa formaliti yang dikehendaki oleh undang-undang dalam hal suatu kontrak yang dibuat oleh seseorang individu hendaklah terpakai, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, bagi suatu kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu syarikat.